Sunday, November 8, 2009

Neo Luddite



'Neo Luddite' pada saya adalah satu ideologi. Asasnya, penganut ajaran Neo Luddite percaya bahawasanya penggunaan teknologi akan membawa kepada kesan langsung yang serius kepada sosial, moral dan etika manusia. Justeru, atas dasar pegangan dan kepercayaan ini, maka penganut tegar ideologi Neo Luddite akan melihat secara mendalam apa sahaja teknologi yang diaplikasikan dalam kehidupan manusia sehingga membawa kepada perbincangan dan perdebatan serius.

Saya melihat roh kepada pegangan kaum Neo Luddite ialah bahawasanya teknologi mengubah komuniti manusia, sehingga pada satu tahap teknologi mengubah hakiki kejadian manusia dan makna menjadi seorang manusia. Pada pemahaman saya, berdasarkan ayat di atas, mereka contohnya percaya teknologi sistem perubatan mengubah hakikat usia manusia kerana dengan adanya bantuan sistem perubatan, manusia lebih panjang umurnya. Seolah manusia yang sepatutnya meninggal pada sekian tarikh, tidak meninggal pada tarikh tersebut dan melanggar kitaran alam. Mereka juga percaya teknologi seolah menggantikan kebolehan dan kepakaran manusia apabila wujudnya mesin-mesin di kilang. Seolah kebolehan dan kepakaran manusia tiada ertinya lagi. Dan mereka juga percaya manusia dilahirkan untuk bekerja dan bukannya menggunakan sesuatu yang lain untuk membantu mereka yang melakukan kerja. Kritikal bukan pemikiran Neo Luddite? heh.

Namun seperkara yang masyarakat antarabangsa tidak dapat menyangkal ialah dakwaan Neo Luddite bahawasanya teknologi mengubah komuniti manusia. Ya, teknologi mengubah cara hidap dan sosial manusia. Facebook adalah contoh mudah. ;) . Short Message System (SMS) juga. Saya mencadangkan agar anda mengambil contoh - contoh lain, sekadar untuk berfikir.

Sekadar perkongsian untuk anda, Neo Luddite berasal daripada Luddite. Luddite adalah entiti pergerakan sosial pada zaman Revolusi Industri (RI). Seperti yang kita sedia maklum, RI sememanganya zaman penciptaan dan pembangunan teknologi demi untuk menapung keperluan industri. Luddite pada asalnya juga disebut sebagai pergerakan politik. Saya tidak pasti. Mungkin anda boleh cuba untuk mencari maklumat ;)

Pada masa berlakunya RI, para pengikut ideologi Luddite bertindak ganas dengan memusnahkan mesin-mesin di kilang industri. Ya, mereka bertindak sehingga ke tahap itu! Istilah Teknofobia mungkin agak sesuai untuk mereka.

Pada saya, kita perlu bersetuju bahawasanya teknologi perlu dibiarkan neutral daripada kesan. Maksudnya, kita tidak boleh untuk menjatuhkan hukum bahawasanya teknologi memberi kesan buruk. Kerana ianya mungkin baik pada pihak / segi yang lain. Dan kerana ianya bergantung kepada cara penggunaan dan motif penggunaan. Teknologi komputer contohnya. Ada baik dan buruknya. Maka, kita tidak boleh sewenangnya meletakkan pengukuran kepada kesan teknologi.

Walau apapun, pada saya Neo Luddite asalnya lahir dari sudut kepentingan ekonomi iaitu manusia takut kehilangan pekerjaan apabila mesin dicipta. Dan kini, ideologi Neo Luddite merebak keseluruh pelusuk dunia dengan pelbagai tema dan moto. "Save Earth". "Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam". "Earth Hour". heh. Itu semua adalah berakar umbi daripada falsafah Neo Luddite. Baik bukan?

P/S : teringat filem Terminator : Rise of the Machines (2003). uwhhh...is it real? heh.

2 comments:

TecnoPhilosophy said...

bro, neo-Luddite aku lihat adalah pengimbang kepada teknofilia. 'keraguan' yang neo-Luddite titikberatkan perlu wujud dalam semua penciptaan oleh manusia.

dan 'ragu' tidak bermakna neo-Luddite menolak terus teknologi. 'aku ragu pada umno, tapi tidak bermakna aku tolak umno..' heh!

akugeek said...

btw, aku suka analogi kau. kah kah.

Post a Comment