Invisible Information Gathering adalah isitilah yang digunakan untuk menggambarkan aktiviti pengumpulan data secara senyap dan tanpa disedari oleh pengguna internet. Aktiviti biasa pengguna seperti melayari laman web memberi membolehkan para pentadbir laman web yang dilawati mengakses maklumat seperti alamat IP, lokasi, masa yang diluangkan untuk melayari laman web tersebut dan beberapa maklumat asas yang lain.
Teknologi adalah sesuatu yang sentiasa berkembang. Maklumat yang mampu dikumpul tidak terhenti sehinggaapa yang saya nyatakan di atas. Maklumat seperti minat (kecenderungan), hobi, pekerjaan dan karakteristik
pengguna juga mampu untuk dikumpul oleh para pentadbir laman web yang pengguna lawati dan penganalisis.Aktiviti pengumpulan maklumat secara senyap ini sangat membantu dalam bidang pemasaran (marketing)
internet.
Kadangkala, akan muncul pop up window yang menunjukkan iklan sesuatu yang anda gemar san minat.
Seolah komputer mengetahui apa yang anda minat. Itu tandanya beberapa maklumat anda sudah berjaya
dikumpul ;)
Terdapat isu berkaitan dengan aktiviti ini. Iaitu Privacy.
No comments:
Post a Comment