Friday, September 4, 2009

E Procurement

Procurement adalah proses untuk mendapatkan sesuatu barangan atau servis.
E Procurement adalah proses untuk mendapatkan barangan dan servis secara elektronik. Biasanya ia melibatkan B2B, B2C dan B2G.

Terdapat 7 jenis E Procurement yang utama :

  1. E tendering
  2. E sourcing
  3. E informaing
  4. E reverse auctioning
  5. E web based ERP (enterprise resource planning)
  6. E MRO (maintenance, repair and overhaul)
  7. E marketsites

Wednesday, September 2, 2009

Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah oleh manusia ditentukan oleh kebolehan membiasakan maklumat yang kita miliki untuk berhadapan dengan situasi baru. Terdapat beberapa pandangan berbeza bagaimana manusia menyelesaikan masalah.

Antara yang popular ialah Gestalt Theory dan Problem Space Theory

.................

Gestalt theory adalah satu teori berkenaan dengan penyelesaian masalah.
Ahli psikologi Gestalt telah menjawab pertuduhan yang dinyatakan oleh 'behaviorist' (iaitu ahli teori yang percaya bahawasanya kajian pemikiran manusia perlu berlandaskan kepada tindakan dan sikap manusia, bukannya berlandaskan pada apa yang mereka fikir dan rasa), bahawasanya penyelesaian masalah adalah satu perkara penghasilan-semula tindak balas @ cubajaya yang telah diketahui.

Penyelesaian masalah merangkumi kedua - dua penghasilan (productive) dan penghasilan-semula (reproductive).

Reproductive problem solving wujud berdasarkan pengalaman yang lepas. Productive pula melibatkan insight dan penstrukturan-semula masalah.

Prinsip asas Persepsi Gestalt adalah Law of Pragnanz yang mendakwa bahawa kita (manusia) akan cenderung untuk menyusun pengalaman kita dalam kaedah yang biasa, menurut turutan, simetrik dan mudah. hasil daripada ini, maka lahir Law of Gestalt.

1 -> Closure
2 -> Similarity
3 -> Proximity
4 -> Symmetry
5 -> Continuity
6 -> Common Fate

Gestalt Law telah diadaptasi dan digunapakai dalam bidang Human Computer Interface. Contohnya Law of Similarity dan Proximity diangkat pendekatannya dalam merebentuk radio buttons. Desktop's Shortcut pada komouter kita juga disusun mengikut kaedah rows and columns.