Thursday, November 26, 2009

Aestetik : nilai yang lahir atas nama kecantikan menjadikan rekabentuk interaksi komputer lebih human

Jauhi ini : usah jumud, dengan melihat frasa kecantikan hanya pada perempuan dan lukisan. 

Aestetik adalah nilai yang menjadi sebahagian daripada falsafah yang menghargai kecantikan dan cita rasa bagus. Seni adalah salah satu elemen penghargaan yang menjadi core kepada lahirnya aesthetic.

Pada saya, aestetik adalah terlalu abstrak. Kerana ia wujud dan bercambah berakarkan rasa. Rasa yang sifatnya subjektif ini kemudian berkembang menjadi aras kepada terma penghargaan. Manusia itu bernafas dan hidup di dunia dengan satu nama, iaitu 'perbezaan'. Berbeza dari segi ideologi, pegangan, kecenderungan dan titik fokus terutama dalam melihat sesuatu. Perspektif adalah perkataan yang saya kira tepat. Makanya, rasa setiap manusia yang berbeza sememangnya akan menjerus dan membentuk penilaian berbeza terhadap sesuatu. Dalam mengukur kecantikan misalnya.

Jiwa kepada aestetik saya kira terletak pada judgement. Cara kita (manusia) menghukum sesuatu. Bertitik tolak dari itu, saya rasa adil untuk kita adaptasi seterusnya katakan bahawa setiap sesuatu yang ada di dunia ini, boleh untuk dilihat dari perspektif sama ada ia aestetik atau tidak.

Aestetik dari sudut yang lebih luas merangkumi perkara - perkara pokok lain seperti keterampilan (cara sesuatu itu wujud dan rupa zahirnya). Dalam meletakkan justifikasi, seseorang itu / sesuatu yang dinilai itu perlu ada sifat - sifat seperti sensasion (kebolehupayaan untuk merasa sesuatu sesuatu secara fizikal, contohnya melalui sentuhan), sensibiliti (pemahaman atau kemampuan untuk memutuskan sesuatu sebagai bagus dan berharga).

Aestetik ini kemuadiannya berevolusi menjadi set prinsip yang menjadi titik rujuk ketika proses judgement (penilaian) terhadap sesuatu. Begitu juga dalam bidang rekabentuk sistem komputer. Sistem yang kita didedahkan setiap hari dalam bentuk aplikasi, perisian, program dan sebagainya. Google : Search Engine adalah contoh yang mudah.

Dalam bidang human computer interaction di bawah pengkhususan Heuristic Evaluation, aestetik dinamakan sekali menjadi satu pakej yang disebut sebagai 'Aesthetic and Minimalist'. Saya mengaku, yang saya agak kacau ketika pertama kali berjumpa dan bersua dengan konsep ini. "apa jadah berhalanya benda ini dimasukkan dalam proses penilain terhadap design sistem dan interaksi komputer? (!) ". 





Saya akui, saya ini cetek dan masih dangkal dalam bidang yang saya berada sekarang ini. Betapa pada hari ini komputer dan seluruh cabang ilmu berkaitannya seperti pembangunan dan rekabentuk antaramuka (interface / layout), aplikasi, perisian, web, search engine, perkakasan, realiti virtual dan segala macam lagi pengkhususan bukan lagi berlegar di sekitar motif untuk menjadikan interaksi itu berlangsung dan possible, tetapi sudah berevolusi & bermotifkan untuk meng-human-kan mesin, peralatan dan sistem dengan meletakkan sifat 'cantik' kepada pencipataan manusia.

Sifat cantik pada penciptaan manusia (design) adalah sesuatu yang perlu dihargai oleh semua mereka yang mengaku sebagai designer. Web developer terutamanya. Sistem dan web yang dihasilkan tidak boleh lagi hanya berpaksikan cukup sekadar ada, ia perlu menjunjung fahaman ontologi. Aestetik.

No comments:

Post a Comment