Thursday, November 26, 2009

Aestetik : nilai yang lahir atas nama kecantikan menjadikan rekabentuk interaksi komputer lebih human

Jauhi ini : usah jumud, dengan melihat frasa kecantikan hanya pada perempuan dan lukisan. 

Aestetik adalah nilai yang menjadi sebahagian daripada falsafah yang menghargai kecantikan dan cita rasa bagus. Seni adalah salah satu elemen penghargaan yang menjadi core kepada lahirnya aesthetic.

Pada saya, aestetik adalah terlalu abstrak. Kerana ia wujud dan bercambah berakarkan rasa. Rasa yang sifatnya subjektif ini kemudian berkembang menjadi aras kepada terma penghargaan. Manusia itu bernafas dan hidup di dunia dengan satu nama, iaitu 'perbezaan'. Berbeza dari segi ideologi, pegangan, kecenderungan dan titik fokus terutama dalam melihat sesuatu. Perspektif adalah perkataan yang saya kira tepat. Makanya, rasa setiap manusia yang berbeza sememangnya akan menjerus dan membentuk penilaian berbeza terhadap sesuatu. Dalam mengukur kecantikan misalnya.

Jiwa kepada aestetik saya kira terletak pada judgement. Cara kita (manusia) menghukum sesuatu. Bertitik tolak dari itu, saya rasa adil untuk kita adaptasi seterusnya katakan bahawa setiap sesuatu yang ada di dunia ini, boleh untuk dilihat dari perspektif sama ada ia aestetik atau tidak.

Aestetik dari sudut yang lebih luas merangkumi perkara - perkara pokok lain seperti keterampilan (cara sesuatu itu wujud dan rupa zahirnya). Dalam meletakkan justifikasi, seseorang itu / sesuatu yang dinilai itu perlu ada sifat - sifat seperti sensasion (kebolehupayaan untuk merasa sesuatu sesuatu secara fizikal, contohnya melalui sentuhan), sensibiliti (pemahaman atau kemampuan untuk memutuskan sesuatu sebagai bagus dan berharga).

Aestetik ini kemuadiannya berevolusi menjadi set prinsip yang menjadi titik rujuk ketika proses judgement (penilaian) terhadap sesuatu. Begitu juga dalam bidang rekabentuk sistem komputer. Sistem yang kita didedahkan setiap hari dalam bentuk aplikasi, perisian, program dan sebagainya. Google : Search Engine adalah contoh yang mudah.

Dalam bidang human computer interaction di bawah pengkhususan Heuristic Evaluation, aestetik dinamakan sekali menjadi satu pakej yang disebut sebagai 'Aesthetic and Minimalist'. Saya mengaku, yang saya agak kacau ketika pertama kali berjumpa dan bersua dengan konsep ini. "apa jadah berhalanya benda ini dimasukkan dalam proses penilain terhadap design sistem dan interaksi komputer? (!) ". 





Saya akui, saya ini cetek dan masih dangkal dalam bidang yang saya berada sekarang ini. Betapa pada hari ini komputer dan seluruh cabang ilmu berkaitannya seperti pembangunan dan rekabentuk antaramuka (interface / layout), aplikasi, perisian, web, search engine, perkakasan, realiti virtual dan segala macam lagi pengkhususan bukan lagi berlegar di sekitar motif untuk menjadikan interaksi itu berlangsung dan possible, tetapi sudah berevolusi & bermotifkan untuk meng-human-kan mesin, peralatan dan sistem dengan meletakkan sifat 'cantik' kepada pencipataan manusia.

Sifat cantik pada penciptaan manusia (design) adalah sesuatu yang perlu dihargai oleh semua mereka yang mengaku sebagai designer. Web developer terutamanya. Sistem dan web yang dihasilkan tidak boleh lagi hanya berpaksikan cukup sekadar ada, ia perlu menjunjung fahaman ontologi. Aestetik.

Thursday, November 19, 2009

Invisible Information Gathering

Invisible Information Gathering adalah isitilah yang digunakan untuk menggambarkan aktiviti pengumpulan data secara senyap dan tanpa disedari oleh pengguna internet. Aktiviti biasa pengguna seperti melayari laman web memberi membolehkan para pentadbir laman web yang dilawati mengakses maklumat seperti alamat IP, lokasi, masa yang diluangkan untuk melayari laman web tersebut dan beberapa maklumat asas yang lain.

Teknologi adalah sesuatu yang sentiasa berkembang. Maklumat yang mampu dikumpul tidak terhenti sehinggaapa yang saya nyatakan di atas. Maklumat seperti minat (kecenderungan), hobi, pekerjaan dan karakteristik 
pengguna juga mampu untuk dikumpul oleh para pentadbir laman web yang pengguna lawati dan penganalisis.Aktiviti pengumpulan maklumat secara senyap ini sangat membantu dalam bidang pemasaran (marketing) 
internet.

Kadangkala, akan muncul pop up window yang menunjukkan iklan sesuatu yang anda gemar san minat. 
Seolah komputer mengetahui apa yang anda minat. Itu tandanya beberapa maklumat anda sudah berjaya 
dikumpul ;)




Terdapat isu berkaitan dengan aktiviti ini. Iaitu Privacy.

Tuesday, November 10, 2009

Etika hanyalah konsep yang hidup atas nama realiti

Ok baik, saya setuju untuk menerima bahawasanya etika adalah sesuatu yang sangat subjektif dan punya tafsiran yang pelbagai. Maka ini adalah tulisan dari sudut pemahaman saya berlandaskan bidang saya iaitu Social, Legal and Ethical Issues for Computing and Internet. 

Etika (ethics) adalah kajian terhadap maksud frasa "melakukan sesuatu perkara dengan betul". Maksudnya, barasal usul daripada kemahuan dan kehendak manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul, mengekalkan ia agar sentiasa betul, dan memberi panduan agar perlakuan yang seterusnya juga adalah betul, maka ia membawa kepada perbincangan kajian untuk mewujudkan satu set rujukan. Set rujukan ini mungkin disebut sebagai panduan, undang-undang, peraturan, kod, peringatan dan sebagainya. Variasi istilah yang hidup dalam definisi etika pada saya sangat luas.

Namun, persamaan yang wujud antara mereka ialah RUJUKAN. Ya, set ini sentiasa dirujuk. Sama seolah agama bukan? Apa boleh untuk kita katakan etika adalah subentiti agama? Heh, saya masih mencari yang ini.

Terdapat beberapa sudut pemikiran dan pemahaman berkenaan etika. Antaranya :

Deontologikal
Pendapat dari sudut deontologikal cenderung untuk mengenengahkan kerja (duty) dan peraturan (rules) yang jelas, yang perlu diikuti oleh manusia, sama ada ia membawa kepad kebaikan atau kesan buruk dalam sesetengah kes.

Utilitarianism
Utilitarianism adalah contoh utama Consequentialist Theory. Intipati utama sudut pemikiran utilitarianism ini adalah apa jua tindakan manusia, yang penting ia dapat meningkatkan kegembiraan manusia. Maka, apa jua perlakuan yang memberi dan meningkatkan kegembiraan, dikira sebagai sesuatu yang beretika.




Albert Einstein :
"..I do not believe in the immortality of the individual, and I consider ethics to be an exclusively human concern without any superhuman authority behind it.."


Heh, etika hanya wujud apabila manusia bertindak rational dan bebas untuk memilih. Maka dengan wujudnya segala macam kod dan peraturan itu, manusia sebenarnya 'terpaksa' mengikut, untuk memenuhi tuntutan peraturan yang digariskan. Maka, ia bukan lagi disebut sebagai manusia beretika. Kerana perlakuan itu bukan 'pilihan bebas' manusia!


Jadi, tidak ada manusia yang beretika di dunia kan?

Sunday, November 8, 2009

Neo Luddite



'Neo Luddite' pada saya adalah satu ideologi. Asasnya, penganut ajaran Neo Luddite percaya bahawasanya penggunaan teknologi akan membawa kepada kesan langsung yang serius kepada sosial, moral dan etika manusia. Justeru, atas dasar pegangan dan kepercayaan ini, maka penganut tegar ideologi Neo Luddite akan melihat secara mendalam apa sahaja teknologi yang diaplikasikan dalam kehidupan manusia sehingga membawa kepada perbincangan dan perdebatan serius.

Saya melihat roh kepada pegangan kaum Neo Luddite ialah bahawasanya teknologi mengubah komuniti manusia, sehingga pada satu tahap teknologi mengubah hakiki kejadian manusia dan makna menjadi seorang manusia. Pada pemahaman saya, berdasarkan ayat di atas, mereka contohnya percaya teknologi sistem perubatan mengubah hakikat usia manusia kerana dengan adanya bantuan sistem perubatan, manusia lebih panjang umurnya. Seolah manusia yang sepatutnya meninggal pada sekian tarikh, tidak meninggal pada tarikh tersebut dan melanggar kitaran alam. Mereka juga percaya teknologi seolah menggantikan kebolehan dan kepakaran manusia apabila wujudnya mesin-mesin di kilang. Seolah kebolehan dan kepakaran manusia tiada ertinya lagi. Dan mereka juga percaya manusia dilahirkan untuk bekerja dan bukannya menggunakan sesuatu yang lain untuk membantu mereka yang melakukan kerja. Kritikal bukan pemikiran Neo Luddite? heh.

Namun seperkara yang masyarakat antarabangsa tidak dapat menyangkal ialah dakwaan Neo Luddite bahawasanya teknologi mengubah komuniti manusia. Ya, teknologi mengubah cara hidap dan sosial manusia. Facebook adalah contoh mudah. ;) . Short Message System (SMS) juga. Saya mencadangkan agar anda mengambil contoh - contoh lain, sekadar untuk berfikir.

Sekadar perkongsian untuk anda, Neo Luddite berasal daripada Luddite. Luddite adalah entiti pergerakan sosial pada zaman Revolusi Industri (RI). Seperti yang kita sedia maklum, RI sememanganya zaman penciptaan dan pembangunan teknologi demi untuk menapung keperluan industri. Luddite pada asalnya juga disebut sebagai pergerakan politik. Saya tidak pasti. Mungkin anda boleh cuba untuk mencari maklumat ;)

Pada masa berlakunya RI, para pengikut ideologi Luddite bertindak ganas dengan memusnahkan mesin-mesin di kilang industri. Ya, mereka bertindak sehingga ke tahap itu! Istilah Teknofobia mungkin agak sesuai untuk mereka.

Pada saya, kita perlu bersetuju bahawasanya teknologi perlu dibiarkan neutral daripada kesan. Maksudnya, kita tidak boleh untuk menjatuhkan hukum bahawasanya teknologi memberi kesan buruk. Kerana ianya mungkin baik pada pihak / segi yang lain. Dan kerana ianya bergantung kepada cara penggunaan dan motif penggunaan. Teknologi komputer contohnya. Ada baik dan buruknya. Maka, kita tidak boleh sewenangnya meletakkan pengukuran kepada kesan teknologi.

Walau apapun, pada saya Neo Luddite asalnya lahir dari sudut kepentingan ekonomi iaitu manusia takut kehilangan pekerjaan apabila mesin dicipta. Dan kini, ideologi Neo Luddite merebak keseluruh pelusuk dunia dengan pelbagai tema dan moto. "Save Earth". "Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam". "Earth Hour". heh. Itu semua adalah berakar umbi daripada falsafah Neo Luddite. Baik bukan?

P/S : teringat filem Terminator : Rise of the Machines (2003). uwhhh...is it real? heh.

Wednesday, November 4, 2009

Heuristic Evaluation

Heuristic Evaluation adalah satu metod yang dicipta oleh Nielsen, untuk menilai, menstruktur kritik-kritik dan mencari kelemahan  terhadap rekabentuk antaramuka (interface design).

Heuristic Evaluation adalah metod yang boleh dikira fleksibel. Kerana HE boleh digunakan oleh penilai (evaluator) pada permulaan fasa SDLC (system development life cycle), untuk mencari kelemahan rekabentuk yang sedia ada. Kemudian, setiap data penilaian akan digunapakai sebagai objektif pada fasa pembangunan (development). Selepas proses pembangunan rekabentuk antaramuka selesai, HE sekali boleh digunakan untuk menilai rekabentuk yang baru itu. Maka, dalam erti kata lain, HE boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja pembangunan.

Terdapat 10 perkara yang digariskan di bawah Heuristic Evaluation :


  1. Availability of the system status
  2. Match between system and real world
  3. User control and freedom
  4. Error prevention
  5. Recognition rather than recall
  6. Flexibility and efficiency of use
  7. Consistency and standardization
  8. Aesthetic and minimalist design
  9. Help user recognize, diagnose and recover from errors
  10. Help and documentation

Berdasarkan pemerhatian dan penemuan oleh saya, HE  adalah metod yang boleh dikira agak popular di kalangan designer, evaluator dan para pengkritik. Para pencinta dan pengikut setia kepada ajaran Norman's Principle dan Shneiderman's 8 Golden Rules tidak perlu bimbang seandainya mahu menggunakan HE, kerana setiap elemen yang menjadi kriteria di dalam senarai 10 HE itu, merangkumi semua prinsip yang digariskan oleh Norman dan Shneiderman.