Tuesday, November 10, 2009

Etika hanyalah konsep yang hidup atas nama realiti

Ok baik, saya setuju untuk menerima bahawasanya etika adalah sesuatu yang sangat subjektif dan punya tafsiran yang pelbagai. Maka ini adalah tulisan dari sudut pemahaman saya berlandaskan bidang saya iaitu Social, Legal and Ethical Issues for Computing and Internet. 

Etika (ethics) adalah kajian terhadap maksud frasa "melakukan sesuatu perkara dengan betul". Maksudnya, barasal usul daripada kemahuan dan kehendak manusia untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul, mengekalkan ia agar sentiasa betul, dan memberi panduan agar perlakuan yang seterusnya juga adalah betul, maka ia membawa kepada perbincangan kajian untuk mewujudkan satu set rujukan. Set rujukan ini mungkin disebut sebagai panduan, undang-undang, peraturan, kod, peringatan dan sebagainya. Variasi istilah yang hidup dalam definisi etika pada saya sangat luas.

Namun, persamaan yang wujud antara mereka ialah RUJUKAN. Ya, set ini sentiasa dirujuk. Sama seolah agama bukan? Apa boleh untuk kita katakan etika adalah subentiti agama? Heh, saya masih mencari yang ini.

Terdapat beberapa sudut pemikiran dan pemahaman berkenaan etika. Antaranya :

Deontologikal
Pendapat dari sudut deontologikal cenderung untuk mengenengahkan kerja (duty) dan peraturan (rules) yang jelas, yang perlu diikuti oleh manusia, sama ada ia membawa kepad kebaikan atau kesan buruk dalam sesetengah kes.

Utilitarianism
Utilitarianism adalah contoh utama Consequentialist Theory. Intipati utama sudut pemikiran utilitarianism ini adalah apa jua tindakan manusia, yang penting ia dapat meningkatkan kegembiraan manusia. Maka, apa jua perlakuan yang memberi dan meningkatkan kegembiraan, dikira sebagai sesuatu yang beretika.




Albert Einstein :
"..I do not believe in the immortality of the individual, and I consider ethics to be an exclusively human concern without any superhuman authority behind it.."


Heh, etika hanya wujud apabila manusia bertindak rational dan bebas untuk memilih. Maka dengan wujudnya segala macam kod dan peraturan itu, manusia sebenarnya 'terpaksa' mengikut, untuk memenuhi tuntutan peraturan yang digariskan. Maka, ia bukan lagi disebut sebagai manusia beretika. Kerana perlakuan itu bukan 'pilihan bebas' manusia!


Jadi, tidak ada manusia yang beretika di dunia kan?

1 comment:

Anonymous said...

aku rasa penghujung ayat kau..seolah menuntut kesempurnaan manusia. agama juga wujud sebagai satu 'framework paksaan' supaya kehidupan manusia berlandas, jadi maknanya tidak ada manusia yang beragama di dunia kan?

tapi aku setuju, teknologi adalah isu etika yang paling hebat pernah terjadi dalam sejarah ketamadunan manusia.

Post a Comment